Pages

nuffnang

Teknik bantu kuatkan daya ingatan

SETIAP manusia memiliki alat di dalam otak yang bertugas mengingat secara automatik dan cepat, sesuatu yang terjadi.


Tetapi tahukah bagaimana cara menggunakan alat itu dengan baik dan berkesan?



Jika kita tahu cara menggunakannya dengan baik, maka kita akan menggunakan dengan baik dan memiliki ingatan kuat dan tidak mudah lupa atau lemah daya ingatan.



Kita tidak perlu risau kerana perkara ini tidak sukar. Kita hanya perlu berusaha untuk melatih dan menguasai alat itu dengan sebaiknya.



Apabila menerima sesuatu maklumat penting, tidak kita sedari atau duga sebelumnya dan tidak mempunyai alat untuk mencatatnya selain ingatan, maka mula menggunakannya dengan sebaiknya.



Langkah awal ialah memberi tumpuan pada maklumat itu dan perhatikan dengan sebaik-baiknya. Yakinlah bahawa kita pasti akan mengingatinya dan kuatkan azam untuk mengingatinya.


Baca maklumat itu dengan jelas dalam fikiran dan ulangi sekali lagi.




Kemudian katakan pada diri bahawa berniat mengingatnya, kemudian pada hari selanjutnya sebutkan apa yang kita ingat mengenai maklumat kelmarin dan seterusnya, dengan cara itu kita akan dapat melatih ingatan kawalan dengan baik.



Dalam usaha menggunakan alat ingatan kawalan ini dengan berjaya, dicadangkan menggunakan perantara alat deria bunyi-bunyian, gambar, bau, sentuhan dan lain-lain yang dapat membantu menguatkan maklumat dalam ingatan.



Ingatlah selalu ingatan kawalan ini terjadi sesaat saja dan sekiranya ia berlangsung lebih lama daripada itu, ia menunjukkan ada kerosakan di dalamnya.



Hendaklah kita yakin permasalahan yang dihadapi oleh seseorang memainkan peranan penting dan memberi pengaruh besar dalam gangguan proses penyimpanan maklumat dalam otak dan proses mengingatnya.



Seperti permasalahan kejiwaan atau tekanan jiwa ia adalah penghambat atau gangguan yang merosakkan proses penyimpanan maklumat secara jelas dan terang dalam ingatan. Oleh itu, dalam memanggil kembali maklumat itu daripada ingatan secara kawalan maka proses ini akan sukar dilakukan bagi orang yang mengalami tekanan jiwa dan gangguan lain.



Yakinlah bahawa pemantapan maklumat dalam ingatan dapat menjadikan proses ingatan kawalan ini berjalan dengan mudah dan lancar ketika kita memerlukannya dan ia akan sukar sekali untuk dilupakan.


Percubaan untuk mengawal ingatan memerlukan latihan yang panjang dan ikhlas. Segala data di dalam otak memerlukan penafsiran rapi.



Kesimpulannya, kita mungkin menggunakan alat ingatan kawalan ini dengan mengikut langkah berikut:



1. Perhatikan dengan baik maklumat yang ingin kita ingat dan kemudian di simpan dengan baik dan seterusnya memanggilnya kembali dari otak



2. Kaitkan atau ikat maklumat itu dengan sesuatu yang tidak mudah kita lupakan



3. Baca kembali dan ulangi maklumat itu dalam di fikiran


4. Pada hari berikutnya ulangi mengingati maklumat itu.

Petikan dari buku Teknik Ingatan – Kaedah Mengatasi Lupa dan Lemah Ingatan





Pentingnya Solat

Solat merupakan Rukun Islam yang kedua dan semua orang tahu jika tinggal solat adalah berdosa. Tetapi mengapa masih ramai lagi umat Islam memandang remeh berkenaan solat seolah-olah solat ini membuang masa mereka. Ketahuilah wahai saudara Islamku bahawa ketika solat ini masa dimana dekatnya diri kita sebagai hamba dengan tuannya iaitu Allah, berdasarkan maksud hadis:

"Saat terdekat bagi seorang hamba kepada Tuhan-nya adalah pada saat dia bersujud." (Hadis Riwayat Muslim)
Allah juga berfirman:
"Sesungguhnya, solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan dan menjaga kesempurnaannya, maka dia membangunkan agamanya, tetapi sesiapa yang meninggalkannya, maka dia meruntuhkan agama." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Solat merupakan tiang agama, jika kita tidak solat maka runtuhlah agama, sama seperti rumah yang kita bina juga jika tiangnya patah maka robohlah rumah itu. dan yang paling penting sekali adalah kerana ibadat solat ini yang akan menjamin kita ke syurga atau ke neraka kerana solatlah yang akan dihisab terlebih dahulu sebelum amalan yang lain. Sesiapa menjaga kesempurnaan solat fardu termasuk memperbanyakkan solat sunat, nescaya akan memperoleh kebaikan dan kesenangan di akhirat ketika hari pembalasan. Ini bermakna, solat menjadi syafaat (pemberi pertolongan) kepada dirinya ketika amalan dihisab untuk menentukan sama ada seseorang itu ahli syurga atau neraka.

Jika di lihat sejarah solat ini, Rasullullah sendiri yang terima ibadat ini terus dari Allah ketika baginda di bawa jalan-jalan oleh Allah. mengapa tidak seperti Al-Quran, dimana Al-Quran disampaikan melalui malaikat jibril. ini bermakna solat adalah lebih diutamakan dalam segala ibadat. masa solat ini juga lah
Allah juga berfirman:
"Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya), dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (al-Ankabut:45)

Dari maksud ayat diatas juga dapat dihuraikan bahawa solat ini juga dapat menghindarkan kita dari melakukan perbuatan maksiat ataupun perbuatan yang di murkai oleh Allah. jika kita khusyuk dalam solat maka amat indah sekali kerana besar faedah dan amat berkesan sekali kerana Allah jugalah yang akan mengetahuinya dengan apa yang kita kerjakan.

"….. dan apabila mereka (munafik) melaksanakan solat maka mereka melaksanakan dengan malas…." (Surah An-Nisa’:142)

Bedasarkan maksud ayat diatas janganlah kita berpura-pura dalam solat kerana ini adalah sifat orang yang munafik. Kita hendaklah ikhlas dalam melakukan solat. jangan solat hanya kerana untuk menunjuk-nunjuk dan janganlah bersolat dalam keadaan malas kerana ini juga dikatogorikan sebagai orang munafik.

Banyak lagi hadis yang menceritakan tentang solat ini. setakat ini dahulu yang dapat dikongsikan. InsyaAllah saya memohon supaya Allah memberi ilham kepada saya untuk membanyakkan lagi post yang boleh dikongsi bersama. Kalau ada yang tersilap mohon maaf.





Perbuatan Syirik.



"Rasulullah saw bersabda; maksudnya: Sesiapa yang datang kepada dukun (bomoh) kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima oleh Allah selama 40 hari.

(Hadis Riwayat Muslim)"



Antara unsur syirik yang sering berlegar dalam kehidupan masyarakat Islam pada hari ini ialah keramat, perdukunan (Bomoh) dan bertenung nasib.


Bagi seorang dukun dan tukang ramal kebiasaannya mereka mengaku tahu tentang perkara-perkara yang tersembunyi atau bersifat ghaib sehingga banyak memberitahu tentang kejadian masa lalu kepada orang yang datang kepadanya menerusi jampinya. Sedangkan hal yang diperkatakan itu berada dalam persangkaan dan ramalan yang samar atau sekadar meneka semata-mata di mana menaruh kepercayaan seratus peratus padanya hukumnya adalah berdosa besar di sisi Islam.


Seharusnya sebagai seorang mukmin, kita wajib percaya sepenuhnya terhadap Rukun Iman dan Rukun Islam yang menuntut agar tidak meletakkan sesuatu yang selain daripada Allah SWT sebagai tempat bergantung sebaliknya hendaklah memperbanyakkan usaha dan berdoa ke hadrat Allah SWT agar memperkenankan segala apa yang dihajati atau mengelak dari segala kecelakaan yang mendatang.


Oleh yang demikian janganlah kita melakukan perbuatan mensyirikan Allah ini. Dan janganlah kita meminta pertolongan selain dari meminta kepada Allah sahaja. Mohonlah pertolongan dari Allah kerana Allah amat Maha Penyayang dan Maha Pengasih. Allah amat menyangi hamba-hambanya.


Dan ingatlah sesungguhnya semua dosa diampunkan Allah kecuali dosa mensyirikkan Allah,

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua) dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh. "An-Nisa [116]

Orang yang mati dalam syirik masuk neraka sekalipun syirik kecil dan Syirik kecil ini boleh diampunkan dengan beristigfar.


Syirik yang paling besar ialah KAFIR. Namun orang kafir yang masuk ISLAM dihapuskan segala dosanya sebelum masuk ISLAM.


Bertaubatlah dan menyesalah dengan perbuatan yang telah dilakukan, berazam untuk tidak buat lagi. Sekiranya “terbuat” lagi, taubat lagi. Marilah sama-sama kita kembali kepada ALAH dan RASUL.

Wallahua'lam....

semoga coretan diatas dapat memberi manfaat kepada semua....