Pages

nuffnang

Berpegang Teguh Dengan Agama Allah

Islam adalah Agama yang benar

Islam adalah agama wahyu yang benar, yang diturunkan oleh Allah S.W.T. malalui Malaikat Jibril A.S. untuk mahkluk di alam ini melalui pesuruhNya Nabi Muhammad S.A.W. untuk disampaikan kepada makhluk-makhlukNya yang ada di seluruh pelusuk. Ini berlandaskan ayat Alquran:


Maksudnya:- Tiada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh, yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha mendengar lagi Maha Menetahui. (Al-Baqarah ayat 256)

1.Selamat Didunia dan Akhirat


Kita hendaklah berpegang teguh dengan agama Allah ini untuk kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Ini adalah kerana dunia ini hanya tempat untuk kita mencari bekalan untuk kehidupan kita yang sebenar di alam yang kekal abadi iaitu alam Akhirat. Ingatlah bahawa mati itu adalah benar, dan setelah kita mati kita akan dibangkitkan semula dan akan dihisab semua amalan kita. Tidak sedikit pun amalan kita dapat disembunyikan sama ada yang baik atau pun yang jahat kerana Allah itu maha mengetahui, maha melihat dan maha segala-galanya.


Oleh yang demikian marilah sama-sama kita membuat amalan yang maaruf, tinggalkan amalan yang mungkar. Sebaik-baik amalan adalah amalan yang tidak diketahui oleh sesiapa pun, hanya Allah sahajalah yang mengetahu apa yang kita lakukan kerana ini adalah lebih baik. Dan setelah kita melakukan kebaikan janganlah kita merasa riak dan bongkak dengan amalan kita itu supaya kita tidak di hasut oleh syaitan laknatullah. Ini kerana syaitan tidak akan membiarkan kita untuk ikhlas terhadap apa yang kita lakukan.


2.Dikasihi dan diredhai oleh Allah

Dengan berpegang teguh dengan agama Allah maka kita sentiasa dikasihi dan di redhai oleh Nya. Jika kasih saja tidak cukup kerana Allah itu kasih kepada semua makhluk ciptaannya. Oleh itu kita perlu mendapat keredhaanNya. Dengan kesihatan yang diberi, rezeki yang melimpah ruah itulah buktinya Allah mengasihi kita. Tetapi jika tidak dikurniakan di alam bumi ini, janganlah berasa kecewa kerana kita akan dikurniakan di akhirat nanti. Alam akhirat adalah alam yang kekal abadi.

Dan ingatlah jika kita berpegang teguh dengan agama Allah kita bukan sahaja di kasihi oleh Allah sahaja malah kita akan dihormati oleh masyarakat. Cuba kita lihat Alim Ulama, Tuan tuan Guru, ustaz-ustaz dan para Hafiz quran, mereka ini sentiasa di hormati. Bukan sahaja dihomati oleh masyarakat Islam malah orang bukan islam pun menghormati mereka. Tapi yang penting disini adalah kasih yang kekal abadi iaitu kasih dari pencinta(Allah). Orang yang dikasihi Allah dijamin syurga.

Jangan Meludah Sesuka Hati


Kadang kita tidak perasan, kita selalu meludah air liur merata-rata dan tanpa menghirau tempat tu kotor atau tempat najis.


Di dalam islam asal nak meludah pun air liur sekali pun ada cara-caranya. Kalau nak meludah air liur atau apa-apa didalam mulut janganlah didepan orang ramai atau orang sedang menjamu selera.


Kita sebagai umat islam mesti menjaga kebersihan dan jangan meludah air liur di tempat-tempat yang kotor seperti didalam tandas, longkang dan tempat-tempat kotor yang lain.


Yang amat penting kita perlu tahu ialah:


1) Jika meludah kekiri - Kita akan meludah kepada syaitan/Iblis laknatullah.


2) Jika meludah ke kanan - Kita seperti telah meludah ke arah Nabi kita iaitu Mohammad SAW ( Nauzubilah)

3) Jika meludah Ke depan - Kita seperti telah meludah kearah ALLAH SWT. ( Nauzubilah )


Jadi ingat-ingatlah ketika ingin meludah tu. Meludah lah selalu ke sebelah kiri.


Walahualam.

Kematian Ulamak vs Kewafatan Artis?

Dato' Ishak Baharom sudah kembali ke rahmatullah, beliau adalah seorang ulamak, rakyat dan pejuang Islam. Setelah dipecat daripada jawatannya tiada lagi nama beliau disebut-sebut. Malah, jika ditanya muda-mudi sekarang, berapa ramai sangat yang masih mengingati nama beliau?Sehinggalah pada hari beliau pergi mengadap Ilahi, siapa yang peduli tentang beliau?Satu keratan di sudut kecil akhbar melaporkan kehilangan tokoh ini seolah-olah hanya satu laporan biasa mengenai kematian seorang ketua kampung yang pernah berjasa hanya dengan memegang jawatan JKKK.

Pada tarikh yang sama, seorang penulis lirik terkenal juga kembali mengadap Ilahi sehari selepas beliau memenangi satu anugerah yang paling berprestij di Malaysia, iaitu AJL.Di semua dada akhbar dan stesen radio membuat pengumuman rasmi disertai tangisan setiap warga seni serta peminat berkenaan kehilangan permata dalam bidang seni yang kononnya sukar dicariganti.
Sedangkan, siapa peduli walaupun seorang bekas mufti meninggal dunia? Siapalah mufti atau ulamak di mata masyarakat kita? Ulamak dimatikan, ilmu berkurangan. Dalam nas hadis, banyak ditemukan petanda yang menyebut bahawa salah satu tanda-tanda hampirnya kiamat ialah ilmu akan hilang dan kejahilan meluas.

Bagaimanakah ilmu boleh hilang?

Antara cara ilmu itu hilang atau diangkat oleh Allah ialah dengan cara mematikan ulamak dan bijak pandai. Ilmu matematik, ilmu alam dan segala ilmu lain yang tercipta atas kepandaian manusia tidak akan hilang. Yang akan hilang adalah ilmu agama. Ilmu yang melibatkan hukum-hakam, cara hidup ciptaan Allah, fardhu 'ain dan ilmu al-Quran yang hanya sebilangan kecil saja manusia yang menguasainya. Hanya golongan ulamak sahaja yang menguasai ilmu ini.

Apabila matinya seorang ulamak, maka pergilah ilmu itu dan kepandaian yang dipelajarinyabersama jasadnya. Golongan yang tinggal ini, jika tidak menguasai ilmunya kini hilang tempat rujukan, maka jalan ke arah kejahilan mula tampak.Apabila tiada tempat rujukan maka kejahilan mula berleluasa.Hukum-hakam ditafsir secara membuta tuli dan sebagainya.Itulah antara cara bagaimana Allah mengangkat ilmu, iaitu dengan cara mematikan para ulamak.

Tidakkah ini satu tanda jelas pengakhiran dunia?

Siapa sedar akan hakikat ini? Atas dasar itulah tiada yang menangisi pemergian ulamak sedangkan berapa ramai yang kelam-kabut dengan pemergian seorang insan seni?Tanyalah anak-anak kita hari ini dan kita akan dapati hampir semuanya arif tentang artis, bila tarikh lahirnya, siapa pasangannya, apa saja biodata artis pastinya mereka tahu.Tapi, berapa ramai anak-anak kita tahu tentang ulamak?Kitab apa dan ilmu apa yang didalami ulamak tersebut?Ketahuilah saudaraku, bahawa antaratanda kiamat itu adalah apabila masyarakat mula memuja-muja artis.

Al-Fatihah...
Renung-renungkan...
Quiz: Bila Dato' Ishak Baharom meninggal? siapa nama artis tersebut?
Sumber: TeMaN