Pages

nuffnang

Petua Nak Masuk Rumah Baru atau Rumah yang Sudah Lama Ditinggalkan




1. Azan - Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.
2. Membaca surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."
3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)
4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.
5. Pagar Rumah Secara Islam - Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam.
Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam.
Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah. Ikut panduan berikut:
Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam.

Wallahualam...

Sumber dari yahoogroups.

Mari Membaca Al Quran



Al-Quran ialah kitab suci bagi umat Islam, merupakan  wahyu yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui Malaikat Jibril. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun.


Dari segi istilah pula, al-Quran ialah mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa Arab. Membaca setiap hurufnya adalah ibadah, bermula dari Surah Al-Fatihah dan berakhir dengan Surah An-Naas.


Setiap Muslim sangat berharap dan berusaha untuk meningkatkan rasa cinta dan taqwa kepada Allah SWT. Oleh itu kita perlulah memperbanyak syariat harian yang di sarankan oleh PesuruhNya Muhammad Rasulullah SAW demi mencapai martabat al-Muqarrabin iaitu mereka yang berjaya menghampirkan diri kepada-Nya iaitu Allah SWT.

Antara amalan-amalan mulia ialah membaca al-Quran.

Antara kelebihan membaca Al Quran.


1. Adalah Ibadah yang paling utama dari segi bacaan.


2. Pahala membaca satu huruf daripada al-Quran: Menurut Ibn Majah akan digandakan hingga 400 kali dan menurut Ibn al-Jauzi Pula berpendapat digandakan sebanyak 700 kali.


3. Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga, juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga.


4. Mengikut Ibn Abbas r.a., pembaca al-Quran ialah seorang hartawan dan pahala membaca tidak akan putus.


5. Selamat daripada api neraka, mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat.


6. Pada hari kiamat, al-Quran akan menjadi pembela.


7. Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemulian di syurga.


8. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat.


9. Pembaca akan dimasukan ke dalam golongan Siddiqin, Syuhada dan Solehin.


10. Membaca al-Quran secara kumpulan akan diampun dosa mereka.


11. Mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit.


12. Jika dibaca didalam rumah, akan memberi cahaya kepada rumah itu.


13. Membaca secara tadarus ( bergilir-gilir) mendapat ketengan, rahmat dan dikelilingi oleh malaikat.


14. Pembaca yang mahir dan baik di utamakan untuk menjadi Imam Solat.


15. Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari, mengajar dan menghayati ajaran al-Quran.


16. Mempelajari satu ayat al-Quran lebih baik daripada solat sunat 1000 rakaat.


17. Mempelajari dan membaca mendapat keberkatan dan keharmonian hidup.


18. Mendapat perlindungan di padang Mahsyar nanti.


19. Pembaca akan dilindungi daripada godaan syaitan.


InsyaAllah sama-samalah kita beramal dengan Al-Quran dan mendapat rahmat dari Allah SWT. sesungguhnya Al-Quran diturun untuk umat Islam dimuka bumi ini.

Rujukan dari buku Indahnya Hidup Bersyariat.