Pages

nuffnang

Mari Membaca Al Quran



Al-Quran ialah kitab suci bagi umat Islam, merupakan  wahyu yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui Malaikat Jibril. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun.


Dari segi istilah pula, al-Quran ialah mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa Arab. Membaca setiap hurufnya adalah ibadah, bermula dari Surah Al-Fatihah dan berakhir dengan Surah An-Naas.


Setiap Muslim sangat berharap dan berusaha untuk meningkatkan rasa cinta dan taqwa kepada Allah SWT. Oleh itu kita perlulah memperbanyak syariat harian yang di sarankan oleh PesuruhNya Muhammad Rasulullah SAW demi mencapai martabat al-Muqarrabin iaitu mereka yang berjaya menghampirkan diri kepada-Nya iaitu Allah SWT.

Antara amalan-amalan mulia ialah membaca al-Quran.

Antara kelebihan membaca Al Quran.


1. Adalah Ibadah yang paling utama dari segi bacaan.


2. Pahala membaca satu huruf daripada al-Quran: Menurut Ibn Majah akan digandakan hingga 400 kali dan menurut Ibn al-Jauzi Pula berpendapat digandakan sebanyak 700 kali.


3. Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga, juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga.


4. Mengikut Ibn Abbas r.a., pembaca al-Quran ialah seorang hartawan dan pahala membaca tidak akan putus.


5. Selamat daripada api neraka, mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat.


6. Pada hari kiamat, al-Quran akan menjadi pembela.


7. Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemulian di syurga.


8. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat.


9. Pembaca akan dimasukan ke dalam golongan Siddiqin, Syuhada dan Solehin.


10. Membaca al-Quran secara kumpulan akan diampun dosa mereka.


11. Mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit.


12. Jika dibaca didalam rumah, akan memberi cahaya kepada rumah itu.


13. Membaca secara tadarus ( bergilir-gilir) mendapat ketengan, rahmat dan dikelilingi oleh malaikat.


14. Pembaca yang mahir dan baik di utamakan untuk menjadi Imam Solat.


15. Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari, mengajar dan menghayati ajaran al-Quran.


16. Mempelajari satu ayat al-Quran lebih baik daripada solat sunat 1000 rakaat.


17. Mempelajari dan membaca mendapat keberkatan dan keharmonian hidup.


18. Mendapat perlindungan di padang Mahsyar nanti.


19. Pembaca akan dilindungi daripada godaan syaitan.


InsyaAllah sama-samalah kita beramal dengan Al-Quran dan mendapat rahmat dari Allah SWT. sesungguhnya Al-Quran diturun untuk umat Islam dimuka bumi ini.

Rujukan dari buku Indahnya Hidup Bersyariat.

Siti Khadijah

Siapakah Siti Khadijah?

Siti Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushai.
Berasal dari golongan pembesar Mekkah. Beliau adalah seorang wanita yang berasal dari suku kaum Asadiyah satu keturunan Arab Quraisy yang amat dihormati dan disegani.

Beliau di juluki Ath-thohirah, yang bermaksud bersih dan suci dan beliau juga seorang wanita yang cerdas dan agung. Beliau dikenal sebagai seorang yang teguh dan cerdik dan memiliki perangai yang luhur.

Siti Khadijah dilahirkan pada tahun 68 sebelum hijrah yaitu 15 tahun sebelum tahun gajah. Beliau dibesarkan dan diasuh dengan penuh kasih sayang oleh ibu bapaknya serta diberikan tarbiah yang sempurna.

Beliau juga memiliki wajah yang cantik serta berasal dari keturunan yang terhormat, memiliki martabat karena kepandaian dan kecerdasaanya, dan ia juga adalah wanita yang kaya raya. Maka tidak hairanlah ramai pemuda Quraisy yang terhormat dan kaya raya ingin menjadikan Khadijah sebagai istri dan semua tawaran tersebut ditolak oleh khadijah, karena hatinya telah tertambat pada peribadi yang terpercaya, jujur, profesional dalam bekerja, dan memiliki akhlaq yang mulia, ia adalah Nabi Muhammad. Dan Allah mentakdirkan mereka untuk menikah, walaupun pada waktu itu, umur Khadijah yang telah sampai di usia 40 Tahun manakala Nabi Muhammad yang berumur 25 tahun.

Beliau hidup mewah dengan hartanya sendiri. Meskipun memiliki kekayaan melimpah, Khadijah merasa kesepian hidup menyendiri tanpa suami. Pada suatu hari, suatu pagi, dengan penuh kegembiraan ia pergi ke rumah pamannya, iaitu Waraqah bin Naufal. Ia berkata: “Tadi malam aku bermimpi sangat menakjubkan. Aku melihat matahari berputar-putar di atas kota Mekkah, lalu turun ke arah bumi. Ia semakin mendekat dan semakin mendekat. Aku terus memperhatikannya untuk melihat kemana ia turun. Ternyata ia turun dan memasuki rumahku. Cahayanya yang sangat agung itu membuatku terkagum. Lalu aku terbangun dari tidurku”.

Waraqah mengatakan: “Aku sampaikan berita gembira kepadamu, bahwa seorang lelaki agung dan mulia akan datang meminangmu. Ia memiliki kedudukan penting dan kemasyhuran yang semakin hari semakin meningkat”. Tak lama kemudian Khadijah ditakdirkan menjadi isteri Rasulullah SAW. Ketika Nabi Muhammad masih muda dan dikenal sebagai pemuda yang lurus dan jujur, telah diperkenalkan untuk ikut menjualkan barang dagangan Khadijah.

Hal yang lebih banyak menarik perhatian Khadijah adalah kemuliaan jiwa Nabi Muhammad SAW. Khadijah lah yang lebih dahulu mengajukan permohonan untuk menikah dengan Nabi Muhammad. Semua itu berlaku dengan usaha orang tengah yaitu Nafisah Binti Munyah dan peminangan dibuat melalui paman Nabi yaitu Abu Thalib. Keluarga terdekat Khadijah tidak menyetujui rencana pernikahan ini. Namun Khadijah sudah tertarik oleh kejujuran, kebersihan dan sifat-sifat istimewa Nabi Muhammad ini, sehingga beliau tidak mempedulikan segala kritikan dan kecaman dari keluarga dan kerabatnya.

Khadijah yang juga seorang yang cerdas, mengenai ketertarikannya kepada Muhammad mengatakan, “Jika segala kenikmatan hidup diserahkan kepadaku, dunia dan kekuasaan para raja Iran dan Romawi diberikan kepadaku, tetapi aku tidak hidup bersamamu, maka semua itu bagiku tak lebih berharga daripada sebelah sayap seekor nyamuk.”

Sewaktu malaikat turun membawa wahyu kepada Nabi Muhammad maka Khadijah adalah orang pertama yang mengakui kenabian suaminya, dan wanita pertama yang memeluk serta menerima Islam. Sepanjang hidupnya bersama Rasulullah SAW, Khadijah begitu setia menyertai Rasul dalam setiap peristiwa suka dan duka. Setiap kali suaminya ke Gua Hira’, beliau pasti menyiapkan semua perbekalan dan keperluannya. Seandainya Rasulullah SAW agak lama tidak pulang, beliau akan meninjau untuk memastikan keselamatan Rasul.

Sekiranya Rasul khusyu bermunajat, beliau tinggal di rumah dengan sabar sehingga Rasul pulang. Apabila suaminya sedang berkesusahan serta berada dalam keadaan gelisah, beliau coba sekuat mungkin mententeram dan menghiburkannya sehingga suaminya benar-benar merasa tenang.

Setiap ancaman dan penganiayaan dihadapi bersama. Malah dalam banyak kegiatan ibadah Rasulullah SAW, Khadijah pasti bersama dan membantu beliau seperti menyediakan air untuk mengambil wudhu Rasulullah SAW menyebut keistimewaan terpenting Khadijah dalam salah satu sabdanya, “Di saat semua orang mengusir dan menjauhiku, ia beriman kepadaku. Ketika semua orang mendustakan aku, ia meyakini kejujuranku. Sewaktu semua orang menyisihku, ia menyerahkan seluruh harta kekayaannya kepadaku.”

Siti Khadijah telah hidup bersama-sama Nabi Muhammad selama 24 tahun dan wafat dalam usia 64 tahun 6 bulan. Khadijah, adalah wanita yang cerdas, ibu rumah tangga yang amanah, pendidik bagi anak-anaknya, pengusaha yang sukses, Istri seorang Nabi dan Rasul, dan pejuang di jalan Allah….





Sebab Utama Lelaki Ditarik Ke Neraka.



Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:


1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji

dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya,maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.)


3. Abang-abangnya.

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas...kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya.

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa...selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)


Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T;

"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, " jin dan batu-batu...."

Kepada semua kaum wanita sila ambil perhatian...
sayangila kaum Lelaki...







Menjadi Isteri Solehah

Apakah yang dimaksudkan dengan solehah?

Solehah selalunya digunakan kepada kaum hawa yang membawa maksud taat dan patuh pada perintah Allah dan juga pada suaminya bagi yang berkahwin. Setiap ibu bapa amat mengharapkan seorang anak perempuan yang solehah, begitu juga seorang suami yang menginginkan seorang isteri yang solehah. Sebagai seorang suami, amat bersyukur lah ia kerana mendapat isteri yang solehah.

Bagi seorang wanita atau pun isteri yang solehah, darjatnya amat tinggi dan mulia disisi Allah. Sekiranya kaum hawa ini mendapat maqam solehah maka dengan mudah sekali untuk menjadi ahli syurga di akhirat. Setiap wanita ingin menjadi wanita 'solehah' atau menjadi lebih solehah kerana tidak ada harta benda di dunia ini yang paling berharga selain daripada wanita solehah. Ini belandaskan Hadis dibawah: -



Dari Abdullah bin 'Amr bahawa rasulullah SAW bersabda:
''Dunia itu ialah harta benda, sebaik-baik harta benda adalah wanita solehah''.
(Riwayat Muslim)

Dalam hal yang sama Rasulullah SAW ada bersabda:
''Sebaik-baik harta adalah lidah yang selalu berzikir, hati yang selalu bersyukur, dan isteri solehah yang menolong terjaganya iman setiap mukmin''.
(Riwayat Tirmizi dari Tsauban).

Oleh yang demikian dengan menjadi wanita atau isteri solehah sajalah boleh masuk syurga dan bertemu dengan Allah di akhirat kelak.

Firman Allah SWT:
''Sesiapa yang berharap akan berjumpa Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal soleh dan jangan ia mempersekutukan sesuatu apapun dalam beribadah kepada tuhannya''.(Al-Kahfi: 110)



Islam mengangkat status wanita menjadi terhormat di sisi Allah swt. Jika kita menilai dimasa lalu, wanita sangat menghinakan dipandangan mata lelaki, tetapi dengan adanya islam wanita diangkat martabatnya oleh Allah ke satu tahap yang sangat tinggi.



Tamadun Babylon, Yunani, Rom, mesir juga Arab pra islam, bagi mereka wanita tidak berharga, tetapi islam menjadikan wanita sangat tinggi darjatnya lebih lagi jika wanita itu seorang solehah.





Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:


“Apabila seseorang isteri meninggal dunia dan suaminya redha kepadanya, maka ia akan masuk syurga.”
(Riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah)



Islam juga telah menggariskan peranan suami dan isteri dengan jelas di mana suami mestilah
bersedia untuk mentadbir rumah tangga dan isteri pula mestilah bersedia untuk mentaati
perintah suami.

Seperti yang diketahui syurga seorang anak adalah di telapak kaki ibunya manakala syurga isteri adalah apabila taatkan suaminya. Taat di sini bermaksud patuh kepada perintah dan kehendak suami kecuali apabila suami menyuruh melakukan dosa. Ia menduduki tempat kedua selepas taat kepada Allah dan Rasul.

Ketaatan isteri berkait rapat dengan keperibadian suami di mana kuasa suami bukan terletak pada kekuatan fizikalnya tetapi terletak pada iman, ilmu dan kesabarannya. Dengan demikian barulah kepimpinannya menjadi lebih mantap dan dihormati isteri..

Kunci kerukunan rumah tangga adalah persefahaman antara suami isteri. Oleh itu Islam
telah menyarankan bahawa dalam mencari isteri idaman hendaklah dari kalangan wanita yang
mempunyai empat ciri seperti berketurunan baik, elok paras rupanya, berharta, dan kuat
pegangan agamanya. Namun yang perlu diutamakan adalah yang solehah (beriman) agar
mudah untuk dididik dan beberapa masalah rumah tangga dapat dielakkan seperti isteri nusyuz
dan sebagainya..

Setiap wanita Islam hendaklah menyedari tentang hak-haknya yang telah digariskan oleh
syarak agar tidak berlaku kekeliruan dalam mentaati suami sehingga menjadi mangsa
penderaan oleh suami yang tidak bertanggungjwab. Oleh itu seorang isteri yang solehah
adalah yang mencakupi erti kata wanita yang berilmu dan beriman. Dengan demikian rumah
tangga akan sentiasa aman dan bahagia.






Jana Pendapatan Sekarang!

DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN

DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)


Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;




Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;





(Klik disini untuk mendengar bacaan doa ini)



Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;

1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.

Keberuntungan beramal dengan doa ini

Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.

Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.

Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah.



Oleh: Ismail bin Abu Bakar


Artikel dari DARUSSYIFA' ONLINE













Jana Pendapatan Sekarang!