Pages

nuffnang

Berpegang Teguh Dengan Agama Allah

Islam adalah Agama yang benar

Islam adalah agama wahyu yang benar, yang diturunkan oleh Allah S.W.T. malalui Malaikat Jibril A.S. untuk mahkluk di alam ini melalui pesuruhNya Nabi Muhammad S.A.W. untuk disampaikan kepada makhluk-makhlukNya yang ada di seluruh pelusuk. Ini berlandaskan ayat Alquran:


Maksudnya:- Tiada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh, yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha mendengar lagi Maha Menetahui. (Al-Baqarah ayat 256)

1.Selamat Didunia dan Akhirat


Kita hendaklah berpegang teguh dengan agama Allah ini untuk kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Ini adalah kerana dunia ini hanya tempat untuk kita mencari bekalan untuk kehidupan kita yang sebenar di alam yang kekal abadi iaitu alam Akhirat. Ingatlah bahawa mati itu adalah benar, dan setelah kita mati kita akan dibangkitkan semula dan akan dihisab semua amalan kita. Tidak sedikit pun amalan kita dapat disembunyikan sama ada yang baik atau pun yang jahat kerana Allah itu maha mengetahui, maha melihat dan maha segala-galanya.


Oleh yang demikian marilah sama-sama kita membuat amalan yang maaruf, tinggalkan amalan yang mungkar. Sebaik-baik amalan adalah amalan yang tidak diketahui oleh sesiapa pun, hanya Allah sahajalah yang mengetahu apa yang kita lakukan kerana ini adalah lebih baik. Dan setelah kita melakukan kebaikan janganlah kita merasa riak dan bongkak dengan amalan kita itu supaya kita tidak di hasut oleh syaitan laknatullah. Ini kerana syaitan tidak akan membiarkan kita untuk ikhlas terhadap apa yang kita lakukan.


2.Dikasihi dan diredhai oleh Allah

Dengan berpegang teguh dengan agama Allah maka kita sentiasa dikasihi dan di redhai oleh Nya. Jika kasih saja tidak cukup kerana Allah itu kasih kepada semua makhluk ciptaannya. Oleh itu kita perlu mendapat keredhaanNya. Dengan kesihatan yang diberi, rezeki yang melimpah ruah itulah buktinya Allah mengasihi kita. Tetapi jika tidak dikurniakan di alam bumi ini, janganlah berasa kecewa kerana kita akan dikurniakan di akhirat nanti. Alam akhirat adalah alam yang kekal abadi.

Dan ingatlah jika kita berpegang teguh dengan agama Allah kita bukan sahaja di kasihi oleh Allah sahaja malah kita akan dihormati oleh masyarakat. Cuba kita lihat Alim Ulama, Tuan tuan Guru, ustaz-ustaz dan para Hafiz quran, mereka ini sentiasa di hormati. Bukan sahaja dihomati oleh masyarakat Islam malah orang bukan islam pun menghormati mereka. Tapi yang penting disini adalah kasih yang kekal abadi iaitu kasih dari pencinta(Allah). Orang yang dikasihi Allah dijamin syurga.

No comments:

Post a Comment