Pages

nuffnang

Pentingnya Solat

Solat merupakan Rukun Islam yang kedua dan semua orang tahu jika tinggal solat adalah berdosa. Tetapi mengapa masih ramai lagi umat Islam memandang remeh berkenaan solat seolah-olah solat ini membuang masa mereka. Ketahuilah wahai saudara Islamku bahawa ketika solat ini masa dimana dekatnya diri kita sebagai hamba dengan tuannya iaitu Allah, berdasarkan maksud hadis:

"Saat terdekat bagi seorang hamba kepada Tuhan-nya adalah pada saat dia bersujud." (Hadis Riwayat Muslim)
Allah juga berfirman:
"Sesungguhnya, solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan dan menjaga kesempurnaannya, maka dia membangunkan agamanya, tetapi sesiapa yang meninggalkannya, maka dia meruntuhkan agama." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Solat merupakan tiang agama, jika kita tidak solat maka runtuhlah agama, sama seperti rumah yang kita bina juga jika tiangnya patah maka robohlah rumah itu. dan yang paling penting sekali adalah kerana ibadat solat ini yang akan menjamin kita ke syurga atau ke neraka kerana solatlah yang akan dihisab terlebih dahulu sebelum amalan yang lain. Sesiapa menjaga kesempurnaan solat fardu termasuk memperbanyakkan solat sunat, nescaya akan memperoleh kebaikan dan kesenangan di akhirat ketika hari pembalasan. Ini bermakna, solat menjadi syafaat (pemberi pertolongan) kepada dirinya ketika amalan dihisab untuk menentukan sama ada seseorang itu ahli syurga atau neraka.

Jika di lihat sejarah solat ini, Rasullullah sendiri yang terima ibadat ini terus dari Allah ketika baginda di bawa jalan-jalan oleh Allah. mengapa tidak seperti Al-Quran, dimana Al-Quran disampaikan melalui malaikat jibril. ini bermakna solat adalah lebih diutamakan dalam segala ibadat. masa solat ini juga lah
Allah juga berfirman:
"Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya), dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (al-Ankabut:45)

Dari maksud ayat diatas juga dapat dihuraikan bahawa solat ini juga dapat menghindarkan kita dari melakukan perbuatan maksiat ataupun perbuatan yang di murkai oleh Allah. jika kita khusyuk dalam solat maka amat indah sekali kerana besar faedah dan amat berkesan sekali kerana Allah jugalah yang akan mengetahuinya dengan apa yang kita kerjakan.

"….. dan apabila mereka (munafik) melaksanakan solat maka mereka melaksanakan dengan malas…." (Surah An-Nisa’:142)

Bedasarkan maksud ayat diatas janganlah kita berpura-pura dalam solat kerana ini adalah sifat orang yang munafik. Kita hendaklah ikhlas dalam melakukan solat. jangan solat hanya kerana untuk menunjuk-nunjuk dan janganlah bersolat dalam keadaan malas kerana ini juga dikatogorikan sebagai orang munafik.

Banyak lagi hadis yang menceritakan tentang solat ini. setakat ini dahulu yang dapat dikongsikan. InsyaAllah saya memohon supaya Allah memberi ilham kepada saya untuk membanyakkan lagi post yang boleh dikongsi bersama. Kalau ada yang tersilap mohon maaf.





No comments:

Post a Comment