Pages

nuffnang

Perbuatan Syirik.



"Rasulullah saw bersabda; maksudnya: Sesiapa yang datang kepada dukun (bomoh) kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima oleh Allah selama 40 hari.

(Hadis Riwayat Muslim)"



Antara unsur syirik yang sering berlegar dalam kehidupan masyarakat Islam pada hari ini ialah keramat, perdukunan (Bomoh) dan bertenung nasib.


Bagi seorang dukun dan tukang ramal kebiasaannya mereka mengaku tahu tentang perkara-perkara yang tersembunyi atau bersifat ghaib sehingga banyak memberitahu tentang kejadian masa lalu kepada orang yang datang kepadanya menerusi jampinya. Sedangkan hal yang diperkatakan itu berada dalam persangkaan dan ramalan yang samar atau sekadar meneka semata-mata di mana menaruh kepercayaan seratus peratus padanya hukumnya adalah berdosa besar di sisi Islam.


Seharusnya sebagai seorang mukmin, kita wajib percaya sepenuhnya terhadap Rukun Iman dan Rukun Islam yang menuntut agar tidak meletakkan sesuatu yang selain daripada Allah SWT sebagai tempat bergantung sebaliknya hendaklah memperbanyakkan usaha dan berdoa ke hadrat Allah SWT agar memperkenankan segala apa yang dihajati atau mengelak dari segala kecelakaan yang mendatang.


Oleh yang demikian janganlah kita melakukan perbuatan mensyirikan Allah ini. Dan janganlah kita meminta pertolongan selain dari meminta kepada Allah sahaja. Mohonlah pertolongan dari Allah kerana Allah amat Maha Penyayang dan Maha Pengasih. Allah amat menyangi hamba-hambanya.


Dan ingatlah sesungguhnya semua dosa diampunkan Allah kecuali dosa mensyirikkan Allah,

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua) dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh. "An-Nisa [116]

Orang yang mati dalam syirik masuk neraka sekalipun syirik kecil dan Syirik kecil ini boleh diampunkan dengan beristigfar.


Syirik yang paling besar ialah KAFIR. Namun orang kafir yang masuk ISLAM dihapuskan segala dosanya sebelum masuk ISLAM.


Bertaubatlah dan menyesalah dengan perbuatan yang telah dilakukan, berazam untuk tidak buat lagi. Sekiranya “terbuat” lagi, taubat lagi. Marilah sama-sama kita kembali kepada ALAH dan RASUL.

Wallahua'lam....

semoga coretan diatas dapat memberi manfaat kepada semua....





No comments:

Post a Comment