Pages

nuffnang

Menjadi Isteri Solehah

Apakah yang dimaksudkan dengan solehah?

Solehah selalunya digunakan kepada kaum hawa yang membawa maksud taat dan patuh pada perintah Allah dan juga pada suaminya bagi yang berkahwin. Setiap ibu bapa amat mengharapkan seorang anak perempuan yang solehah, begitu juga seorang suami yang menginginkan seorang isteri yang solehah. Sebagai seorang suami, amat bersyukur lah ia kerana mendapat isteri yang solehah.

Bagi seorang wanita atau pun isteri yang solehah, darjatnya amat tinggi dan mulia disisi Allah. Sekiranya kaum hawa ini mendapat maqam solehah maka dengan mudah sekali untuk menjadi ahli syurga di akhirat. Setiap wanita ingin menjadi wanita 'solehah' atau menjadi lebih solehah kerana tidak ada harta benda di dunia ini yang paling berharga selain daripada wanita solehah. Ini belandaskan Hadis dibawah: -



Dari Abdullah bin 'Amr bahawa rasulullah SAW bersabda:
''Dunia itu ialah harta benda, sebaik-baik harta benda adalah wanita solehah''.
(Riwayat Muslim)

Dalam hal yang sama Rasulullah SAW ada bersabda:
''Sebaik-baik harta adalah lidah yang selalu berzikir, hati yang selalu bersyukur, dan isteri solehah yang menolong terjaganya iman setiap mukmin''.
(Riwayat Tirmizi dari Tsauban).

Oleh yang demikian dengan menjadi wanita atau isteri solehah sajalah boleh masuk syurga dan bertemu dengan Allah di akhirat kelak.

Firman Allah SWT:
''Sesiapa yang berharap akan berjumpa Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal soleh dan jangan ia mempersekutukan sesuatu apapun dalam beribadah kepada tuhannya''.(Al-Kahfi: 110)



Islam mengangkat status wanita menjadi terhormat di sisi Allah swt. Jika kita menilai dimasa lalu, wanita sangat menghinakan dipandangan mata lelaki, tetapi dengan adanya islam wanita diangkat martabatnya oleh Allah ke satu tahap yang sangat tinggi.



Tamadun Babylon, Yunani, Rom, mesir juga Arab pra islam, bagi mereka wanita tidak berharga, tetapi islam menjadikan wanita sangat tinggi darjatnya lebih lagi jika wanita itu seorang solehah.





Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:


“Apabila seseorang isteri meninggal dunia dan suaminya redha kepadanya, maka ia akan masuk syurga.”
(Riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah)



Islam juga telah menggariskan peranan suami dan isteri dengan jelas di mana suami mestilah
bersedia untuk mentadbir rumah tangga dan isteri pula mestilah bersedia untuk mentaati
perintah suami.

Seperti yang diketahui syurga seorang anak adalah di telapak kaki ibunya manakala syurga isteri adalah apabila taatkan suaminya. Taat di sini bermaksud patuh kepada perintah dan kehendak suami kecuali apabila suami menyuruh melakukan dosa. Ia menduduki tempat kedua selepas taat kepada Allah dan Rasul.

Ketaatan isteri berkait rapat dengan keperibadian suami di mana kuasa suami bukan terletak pada kekuatan fizikalnya tetapi terletak pada iman, ilmu dan kesabarannya. Dengan demikian barulah kepimpinannya menjadi lebih mantap dan dihormati isteri..

Kunci kerukunan rumah tangga adalah persefahaman antara suami isteri. Oleh itu Islam
telah menyarankan bahawa dalam mencari isteri idaman hendaklah dari kalangan wanita yang
mempunyai empat ciri seperti berketurunan baik, elok paras rupanya, berharta, dan kuat
pegangan agamanya. Namun yang perlu diutamakan adalah yang solehah (beriman) agar
mudah untuk dididik dan beberapa masalah rumah tangga dapat dielakkan seperti isteri nusyuz
dan sebagainya..

Setiap wanita Islam hendaklah menyedari tentang hak-haknya yang telah digariskan oleh
syarak agar tidak berlaku kekeliruan dalam mentaati suami sehingga menjadi mangsa
penderaan oleh suami yang tidak bertanggungjwab. Oleh itu seorang isteri yang solehah
adalah yang mencakupi erti kata wanita yang berilmu dan beriman. Dengan demikian rumah
tangga akan sentiasa aman dan bahagia.






Jana Pendapatan Sekarang!

No comments:

Post a Comment