Pages

nuffnang

Mari Membaca Al Quran



Al-Quran ialah kitab suci bagi umat Islam, merupakan  wahyu yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui Malaikat Jibril. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun.


Dari segi istilah pula, al-Quran ialah mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa Arab. Membaca setiap hurufnya adalah ibadah, bermula dari Surah Al-Fatihah dan berakhir dengan Surah An-Naas.


Setiap Muslim sangat berharap dan berusaha untuk meningkatkan rasa cinta dan taqwa kepada Allah SWT. Oleh itu kita perlulah memperbanyak syariat harian yang di sarankan oleh PesuruhNya Muhammad Rasulullah SAW demi mencapai martabat al-Muqarrabin iaitu mereka yang berjaya menghampirkan diri kepada-Nya iaitu Allah SWT.

Antara amalan-amalan mulia ialah membaca al-Quran.

Antara kelebihan membaca Al Quran.


1. Adalah Ibadah yang paling utama dari segi bacaan.


2. Pahala membaca satu huruf daripada al-Quran: Menurut Ibn Majah akan digandakan hingga 400 kali dan menurut Ibn al-Jauzi Pula berpendapat digandakan sebanyak 700 kali.


3. Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga, juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga.


4. Mengikut Ibn Abbas r.a., pembaca al-Quran ialah seorang hartawan dan pahala membaca tidak akan putus.


5. Selamat daripada api neraka, mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat.


6. Pada hari kiamat, al-Quran akan menjadi pembela.


7. Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemulian di syurga.


8. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat.


9. Pembaca akan dimasukan ke dalam golongan Siddiqin, Syuhada dan Solehin.


10. Membaca al-Quran secara kumpulan akan diampun dosa mereka.


11. Mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit.


12. Jika dibaca didalam rumah, akan memberi cahaya kepada rumah itu.


13. Membaca secara tadarus ( bergilir-gilir) mendapat ketengan, rahmat dan dikelilingi oleh malaikat.


14. Pembaca yang mahir dan baik di utamakan untuk menjadi Imam Solat.


15. Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari, mengajar dan menghayati ajaran al-Quran.


16. Mempelajari satu ayat al-Quran lebih baik daripada solat sunat 1000 rakaat.


17. Mempelajari dan membaca mendapat keberkatan dan keharmonian hidup.


18. Mendapat perlindungan di padang Mahsyar nanti.


19. Pembaca akan dilindungi daripada godaan syaitan.


InsyaAllah sama-samalah kita beramal dengan Al-Quran dan mendapat rahmat dari Allah SWT. sesungguhnya Al-Quran diturun untuk umat Islam dimuka bumi ini.

Rujukan dari buku Indahnya Hidup Bersyariat.